Latihan Keusahawanan : Kursus Asas Pengendalian Makanan Sesi 1 2019 Pi Daro
3 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Daro telah menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Latihan Pengendalian Makanan Sibu yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menganjurkan Kursus Asas Pengendalian Makanan sesi 1 2019 bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Daro. Kursus yang berlangsung pada 2 Mei 2019 tersebut telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang, bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12 tengahari untuk sesi sebelah pagi dan pada pukul 2.00 petang sehingga pukul 5 petang untuk sesi sebelah petang. Sambutan yang sangat menggalakkan daripada para usahawan sekitar daerah Daro dan Matu ini menyaksikan penyertaan 46 orang usahawan Matu dan Daro yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.
Kursus dan latihan ini bertujuan:
1. Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan.
2. Memiliki sijil dapat memenuhi kehendak perundangan.
3. Memenuhi keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT seperti DBKU, MBKS, MPP di Sarawak)
4. Mengenalpasti punca berlaku keracunan makanan dan kaedah mengelakkannya dari berlaku.
5. Memudahkan permohonan pengiktirafan (contoh: sijil Halal Jakim, Lesen Operasi, Sijil MeSTI, Sijil GMP dan Sijil HACCP)
Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.
Di kesempatan pada hari itu juga, pihak PI Daro turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui taklimat KDB dan Advokasi yang disampaikan oleh puan Nuramira selaku penolong pengurus PI Daro.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: